Sunday, July 20, 2008

PERSATUAN BELIA FELDA PASOH DUA



Persatuan Belia Felda Pasoh Dua telah didaftarkan semula dibawah
Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (R.O.Y)

Kelulusan Pendaftaran pada : 30 Julai 2008
No. Pendaftaran : PPBM 0358/08

Tujuan & Matlamat

1. Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan
mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan
ahli-ahli.

2. Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain.

3. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat.

4. Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan.

5. Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat mengukuhkan sumber kewangan persatuan.

6. Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam perlaksanaan program
pembangunan belia.

7. Membolehkan persatuan ini mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan,
badan berkanun, penguasa-penguasa tempatan dan lain-lain agensi kerajaan sesuai dengan pinsip keadilan dan kebenaran.

8. Membolehkan persatuan ini membeli dan memiliki harta alih dan harta tidak alih seperti tanah, bangunan, ladang dan lain-lain dengan syarat mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.

Ringkasan Maksud Logo Persatuan

Huruf 'PBFPD' singkatan PERSATUAN BELIA FELDA PASOH DUA.

'Helaian Daun' merupakan tunas muda yang melambangan golongan belia yang mana pembangunan intelektual dan kepimpinan mereka perlu bermula dari peringkat awal melalui pembabitan mereka dengan aktiviti persatuan.

'Bulatan Mutiara' melambangkan belia danbeliawanis di Felda Pasoh Dua ini ibarat mutiara yang berharga perlu dijaga dan digilap setiap masa.

Warna 'Hitam' melambangkan kesungguhan persatuan untuk membangunkan belia/beliawanis.
Warna 'Oren' melambangkan sentimen dalam menyanjung usaha FELDA dalam pembangunan.
Warna 'Putih' melambangkan kebersihan ahli-ahli dari unsur-unsur negatif

1 comment:

Anonymous said...

alhamdullillah ade gak blog utk org pasoh nie..walaupun baru lg tp lebih baik ade daripada takde kan?..harap persatuan belia nie bykanlah buat aktiviti,budak main takraw pun dah ramai main kat luar,futsal budak2 je yg main..pejabat kat atas padang tu jadi tukun ke?..ape lah projek belia pasoh nie nak buek ye..buat mesyuarat ade puak puaknye,alahai hampeh..walaupun eden tak duduk pasoh tp slalu gak balik tgk2 gak kg nie..wokeylah slamt maju jaya..