Monday, February 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

FEBRUARI 2010, 1 - SAYA MERASAKAN TAHUN YANG CUKUP MENCABAR UNTUK MENCAPAI CITA-CITA DAN AZAM YANG DIBINA TIGA TAHUN LEPAS. INI ADALAH TAHUN UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARI SEGALA LIABILITI DAN BEBAN KEWANGAN...ROAD TO FREEDOM..

Wednesday, September 23, 2009

KHALIFAH CAMP

Pada 15 September 2009 yang lalu kita telah mengadakan program Khalifah Camp untuk membina pemimpin masa depan di pasoh dua ini. Seramai 18 orang telah menyertai program tersebut dibimbing oleh Abg. Hazwan dan rakan-rakan. Semoga tarikh ini menjadi titik mula untuk melatih pemimpin baru menjadi penyambung wadah perjuangan kita. Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta serta fasilitator Khalifah Camp 2009.

Sunday, July 20, 2008

Kenapa wujudnya Blog ini?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya membina blog ini untuk belia dan beliawanis FELDA Pasoh khususnya untuk geng Pasoh Dua. Namun saya turut mengalu-alukan penyertaan dan komen daripada mana-mana belia FELDA di seluruh Malaysia. Avenue bermaksud cara pendekatan untuk mencapai sesuatu matlamat.

FELDA Kita??

PERSATUAN BELIA FELDA PASOH DUA



Persatuan Belia Felda Pasoh Dua telah didaftarkan semula dibawah
Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (R.O.Y)

Kelulusan Pendaftaran pada : 30 Julai 2008
No. Pendaftaran : PPBM 0358/08

Tujuan & Matlamat

1. Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan
mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan
ahli-ahli.

2. Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain.

3. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat.

4. Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan.

5. Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat mengukuhkan sumber kewangan persatuan.

6. Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam perlaksanaan program
pembangunan belia.

7. Membolehkan persatuan ini mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan,
badan berkanun, penguasa-penguasa tempatan dan lain-lain agensi kerajaan sesuai dengan pinsip keadilan dan kebenaran.

8. Membolehkan persatuan ini membeli dan memiliki harta alih dan harta tidak alih seperti tanah, bangunan, ladang dan lain-lain dengan syarat mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.

Ringkasan Maksud Logo Persatuan

Huruf 'PBFPD' singkatan PERSATUAN BELIA FELDA PASOH DUA.

'Helaian Daun' merupakan tunas muda yang melambangan golongan belia yang mana pembangunan intelektual dan kepimpinan mereka perlu bermula dari peringkat awal melalui pembabitan mereka dengan aktiviti persatuan.

'Bulatan Mutiara' melambangkan belia danbeliawanis di Felda Pasoh Dua ini ibarat mutiara yang berharga perlu dijaga dan digilap setiap masa.

Warna 'Hitam' melambangkan kesungguhan persatuan untuk membangunkan belia/beliawanis.
Warna 'Oren' melambangkan sentimen dalam menyanjung usaha FELDA dalam pembangunan.
Warna 'Putih' melambangkan kebersihan ahli-ahli dari unsur-unsur negatif